The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Selangor benam Pahang 5-2
Selangor benam Pahang 5-2
Oct 10, 2019 - FAS
SHAH ALAM- Aksi yang cemerlang dipamerkan skuad Red Giants untuk menewaskan Pahang 5-2 pada perlawanan ke-18 Liga Super 2019 sekaligus memastikan tiga mata penuh milik mereka di Stadium Shah Alam semalam.
Ini merupakan jumlah jaringan terbesar dalam satu perlawanan yang pernah dijaringkan oleh pasukan Selangor bagi musim ni.
Perlawanan bermula dengan Selangor mengasak kubu pertahanan Pahang dengan serangan yang bertubi-tubi bagi memperoleh jaringan pertama.
Pada minit ke-30, Selangor berjaya membuka akaun jaringan selepas hantaran Sandro Da Silva dari sepakan percuma berjaya ditanduk masuk Khyril Muhymeen.
Lima minit kemudian, Ifedayo Olusegun berjaya mencetak gol kedua Selangor selepas percubaan beliau gagal dihalang pertahanan Pahang, Syamim Yahya.
Minit ke-43 lorongan cantik Faiz Nasir yang berjaya memperdayakan tiga pemain pertahanan Pahang disambut baik Ifedayo dan beliau mudah menolak masuk gol ketiga Selangor selepas menggelicik penjaga gol Pahang, Remezy Che Ros.
Selangor terus menambah derita Pahang apabila Endrick Dos Santos berjaya menjaringkan gol keempat Selangor seminit selepas separuh masa kedua bermula.
Pahang akhirnya berjaya memperoleh gol melalui percubaan R. Kogileswaran pada minit ke-68 permainan.
Pahang sekali lagi berjaya membolosi gawang gol Selangor kali ini melalui tandukan Mohamadou Sumareh pada minit ke-77.
Namun Selangor terus menutup kebangkitan Pahang selepas Ifedayo berjaya melakar hatrik pada minit ke-86 permainan sekaligus ini merupakan gol kelapan beliau buat musim ini.
Tiada gol berjaya dijaringkan oleh kedua-dua pasukan sekaligus menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 5-2.
Untuk aksi seterusnya, Selangor akan berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bagi perlawanan menentang pasukan Felda United.
←
Previous
Permulaan baik bagi Selangor MAC dalam dua pe...
Next
Misi Tewaskan Pahang
→
FA SELANGOR NEWS
Match Preview ACC Shopee Cup™ | Final (2) | Buriram United FC vs Selangor FC | For Selangor!
Read more
Review of the ACC Shopee Cup™ Match | First Leg of the Final | Selangor FC 0-1 Buriram United | We Will Rise Again!
Read more
ACC Shopee Cup™ Match Preview | Final (1) | Selangor FC vs Buriram United FC | The Team Is Ready!
Read more
SFC Nutrition Month 2026 – Fuelling Future Football Champions
Read more